top of page

Pindaan perlembagaan KEADILAN tingkat jumlah perwakilan ke kongres



Oleh: Akmal Manaf


Pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diluluskan hari ini, menjadi jambatan bagi meningkatkan jumlah perwakilan untuk datang secara fizikal ke kongres pemilihan kepimpinan tertinggi parti pada masa akan datang. 


Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, strategi tersebut dilihat lebih komprehensif tanpa meminggirkan mana-mana gender dan etnik.


"Ada beberapa prinsip yang telah ditegaskan (hari ini). Harapan saya ia akan membolehkan penyertaan, keterlibatan semua anggota daripada pelbagai kaum.


"Daripada pelbagai latar belakang dan negeri, dalam proses memilih pimpinan tertinggi parti bila tiba masanya nanti insya-Allah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional Khas KEADILAN.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menambah, pada tahun hadapan, strategi pendigitalan dijangka bakal diterapkan dalam kalangan perwakilan bertujuan membolehkan undian dilakukan secara dalam talian di peringkat cabang pada sesi pemilihan.


Untuk rekod, Kongres Khas yang diadakan di Shah Alam hari ini, berjaya meminda perlembagaan parti berhubung sistem pemilihan jawatan utama parti dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk prinsip penetapan kuota gender dan etnik.


Menurut Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh, pindaan perlembagaan itu adalah berhubung proses pemilihan parti, yang meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi 6 jawatan jawatan tertinggi parti serta 20 anggota MPP di Kongres Nasional.


Katanya, dalam kongres khas itu telah menyaksikan lebih dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan perlembagaan parti yang telah diusul.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page