top of page

Pindaan hak kewarganegaraan bukti komitmen kerajaan terhadap kesaksamaan



Oleh: Akmal Manaf


Usaha Kerajaan MADANI meminda Perlembagaan Persekutuan, Perkara 14 berhubung kewarganegaraan di Dewan Rakyat baru baru ini mencerminkan komitmen yang teguh terhadap keadilan, kesaksamaan, dan pengiktirafan penuh terhadap hak ibu-ibu di negara ini.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Srikandi KEADILAN Malaysia, Venissha Kennedy (gambar atas) berkata, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan itu merupakan pencapaian yang belum pernah berlaku dalam kemajuan perundangan dan sosial Malaysia.


"Selama beberapa dekad, golongan ibu-ibu ini telah menghadapi halangan sistemik dalam mengejar hak asasi dan keupayaan untuk memberikan status kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.


"Hari ini, kami menghormati keazaman yang teguh, ketabahan, dan advokasi kolektif organisasi masyarakat sivil, pengamal undang-undang, keluarga terjejas dan penggubal undang-undang yang memperjuangkan perkara berkenaan.


"Tabik hormat kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana melihat dari perspektif yang baharu dalam manifesto seperti yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau lagi, pencapaian itu tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada pelbagai pihak berkepentingan.


Justeru beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap rakyat Malaysia yang memperjuangan isu tersebut.


"Bersama-sama kita berusaha untuk mewujudkan Malaysia di mana setiap kanak-kanak, tanpa mengira keadaan mereka, diberikan hak dan perlindungan yang sama di bawah undang-undang.


"Misi belum berakhir, tetapi dengan perpaduan dan keazaman, kita boleh mencapai masa depan yang saksama untuk setiap keluarga di negara ini.


"Saya menegaskan komitmen saya yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keadilan penuh untuk semua keluarga di Malaysia.


"Perjalanan ke hadapan memerlukan kerjasama dan advokasi yang berterusan demi memastikan pelaksanaan sepenuhnya," ujarnya sambil berharap agar pencapaian itu menjadi pemangkin kepada pembaharuan seterusnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page