top of page

Pindaan Akta Komunikasi: Hukuman keras kesalahan pedofilia, pornografi - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 8, 2024
  • 2 min read


Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat jelas mengenakan hukuman lebih keras kepada penjenayah seks kanak kanak atau pedofilia dan pihak tidak bertanggungjawab yang memperdagangkan pornografi di atas talian.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media pada program Jelajah Peduli Ummah anjuran ABIM di parlimen Lembah Pantai pagi tadi.


Menurut Fahmi, pindaan dibuat bukan hanya untuk Seksyen 233 tetapi pindaan tersebut untuk memperbaiki Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang tidak pernah dipinda sejak 26 tahun lalu.


"Untuk Seksyen 233 kita lakukan dua perkara (pindaan) yang sebenarnya game changer. Pertama kita jadikan dua bentuk kesalahan, pedofilia dan jualan pornografi dalam talian sebagai kesalahan yang boleh ditangkap.


"Ini saya pasti bukan satu pindaan yang remeh tetapi akan membantu memastikan penjenayah yang terlibat dalam penjualan pornografi dan juga mereka yang merupakan pedofil yang menyimpan bahan bahan jenayah seksual terhadap kanak kanak, mereka perosak umat maka kita akan buat pindaan (ke atas) dua kumpulan ini, pihak polis boleh lakukan tangkapan," katanya.


Sementara itu, bagi memperkukuh kebebasan bersuara, pindaan itu juga menetapkan pendakwaan hanya boleh dikenakan ke atas komen jelik melampau di ruang maya dan bukan setakat jelik sahaja sebagaimana hari ini.


Hal itu, katanya, untuk memastikan hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia bukan hanya terjamin dan terbela tetapi akan jadi lebih terperinci bersekali dengan huraian yang dimaksudkan 'jelik melampau'.


"Sebelum ini tiada huraian tetapi kita masukkan huraian untuk dijadikan contoh supaya sama ada dari segi pihak pembelaan dan kehakiman akan dapat menafsirkan dengan lebih terperinci. Ini bagi saya lebih baik," katanya.


Fahmi juga menegaskan pindaan tersebut dilakukan selepas dua tahun kajian dibuat dan ianya dilakukan secara amat terperinci sekali.


Menjawab soalan apakah apabila perlesenan media sosial dikuat kuasakan pada 1 Januari 2025 maka had umur individu yang boleh memiliki akaun media sosial akan ditetapkan kerajaan, beliau berkata hal itu akan ditentukan oleh pengendali platform media sosial.


"Kita tidak bercadang mengehadkan umur pengguna media sosial. Kita setelah pelaksanaan perlesenan platform media sosial 1 Jan 2025, kita berhasrat memberi penegasan kepada apa yang platform media sosial pada waktu ini mereka sendiri mengehadkan (umur dibenar buka akaun).


"Mereka memang dalam paduan komuniti masing masing mengehadkan umur 13 tahun ke atas yang boleh membuka akaun dalam platform media sosial.


"Penegasan kita lakukan bagaimana platform menetapkan umur seperti dilakukan sekarang, kita mula dengan itu," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page