top of page

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dibentang ke Parlimen esok



Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.


Menteri Komunikasi ketika ditemui pemberita selepas satu acara di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pindaan itu akan meliputi penambahbaikan kepada skop penggunaan Seksyen 233, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian bagi mengelakkannya disalah guna.


Pindaan yang dicadangkan itu juga turut akan menyentuh aspek media sosial, pembangunan industri dan keselamatan rangkaian.


"Kita juga akan bawa Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian dan juga sudah pinda takrif Mule Account (Keldai Akaun), disusuli pindaan Kanun Keseksaan, serta beri takrifan kepada buli siber termasuk jenayah seperti doxing dan satu lagi kod tatalaku yang dalam draf akhir.


"Tumpuan kita kepada aspek kemudaratan dalam talian, judi dalam talian dan scam, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia," katanya.


Beliau yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan sebelumnya hadir ke Majlis Perasmian Penutup Karnival Komunikasi di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.


Fahmi sementara itu menegaskan, pindaan itu merupakan usaha dan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan Internet lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.


Sementara itu sebagai mengulas isu pelesenan platform media sosial yang bakal berkuatkuasa 1 Januari ini Fahmi berkata, semua penyedia platform akan diberi taklimat berkaitan usaha kerajaan memperkasakan platform Internet.

Langkah itu supaya mereka penyedia platform lebih memahami usaha yang mahu dicapai kerajaan melalui pindaan tersebut.


"Dan paling penting, apakah peranan mereka untuk pastikan Internet di Malaysia lebih selamat," jelasnya.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page