top of page

Pindaan Akta Bernama dilulus Dewan Rakyat



Oleh: Akmal Manaf


Rang Undang-Undang (RUU) BERNAMA (Pindaan) 2024 hari ini telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan diluluskan di Dewan Rakyat.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, RUU Akta 780 (Pindaan) 2024 itu bukan sekadar menawarkan reformasi kepada landskap media dan digital, malah akan menjadikan aspek komunikasi kerajaan lebih berkesan dalam mendepani cabaran semasa.


Beliau berkata, penggubalan RUU BERNAMA (Pindaan) 2024 bertujuan untuk memastikan komposisi baharu yang lebih dinamik, sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa industri media.


Katanya, ia bertujuan menjadikan industri media lebih inklusif, bukan sahaja terdiri daripada 'tuan punya surat khabar', malah turut melibatkan media cetak, elektronik dan digital.


''Kedua, mempertingkatkan ekosistem digital selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dengan mengoptimumkan penggunaan media digital seiring dengan media konvensional yang lain bagi membawa keseimbangan antara kedua-dua jenis media.


''Ketiga, membentuk sinergi baharu dalam memperkukuh aspek komunikasi kerajaan kepada rakyat.


''Seterusnya, pindaan ini juga selari dengan visi Kementerian Komunikasi untuk memperkasa jaringan dan infrastruktur digital dan komunikasi sosial dalam menyebarluaskan maklumat kenegaraan kepada rakyat,'' katanya ketika membentangkan RUU berkenaan.


Pindaan terhadap Akta BERNAMA 1967 (Akta 780) yang kali pertama dibuat sejak akta itu digubal pada 1967, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan lapan Ahli Parlimen.


RUU itu meminda Seksyen 2 Akta 780 bagi memasukkan satu tafsiran baharu "organisasi media" yang merangkumi bukan sahaja media cetak (surat khabar dan apa-apa medium percetakan) tetapi turut meliputi komunikasi massa iaitu media elektronik dan digital, seiring dengan ledakan teknologi dan digital masa kini.


Pada masa sama, Fahmi menegaskan pindaan Akta 780 membuktikan komitmen kerajaan MADANI dalam mewujudkan ekosistem media yang berintegriti dan adil di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page