top of page

Pinda Perlembagaan, selesai isu MP dipecat perlu kosongkan kerusi



Bersatu merupakan parti yang menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Ahli Parlimen yang dipecat daripada parti kehilangan kerusi parlimen secara automatik ketika Rang Undang Undang Akta Anti Lompat Parti sedang didraf pada 2022 lalu.


Kebijaksanaan Bersatu tersebut menuai hasil hari ini, menyebabkan parti berkenaan meluahkan kekesalan kononnya Speaker Dewan Rakyat telah bertindak zalim kerana tidak mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen mereka yang berpaling menyokong Perdana Menteri.


Bagi Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, parti Bersatu dan sekutunya Pas tidak wajar sama sekali menggunakan isu berkenaan sebagai senjata politik untuk memburuk burukkan Kerajaan Perpaduan.


"Dahulu Bersatu tidak bersetuju Ahli Parlimen yang dipecat perlu kosongkan kerusi. Maka, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan mengenai lompat parti ada kelompongan jelas.


"Dengan keputusan Speaker dalam hal 6 Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, tiba masa kita pertimbangkan untuk pinda Perkara 49A(2)(c) Perlembagaan.


"Bersatu adalah punca mengapa kita ada kelompongan ini, yang cuba diperbaiki melalui pindaan oleh parti politik dalam perlembagaan parti.


"Lepas 6 Ahli Parlimen menyatakan sokongan pada PM, barulah mereka terhegeh untuk pinda perlembagaan mereka.


"Kalau bukan kerana Bersatu, undang-undang anti lompat parti kita akan lebih ampuh," katanya dalam setu kenyataan.


Sehubungan itu, kata Syahredzan, daripada membuat bising ke seluruh negara bolehkah Ahli Parlimen Bersatu selepas ini bersetuju untuk bersama Kerajaan Perpaduan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi melengkapkan Akta Anti Lompat Parti atau hanya mahu main politik dengan isu berkenaan.


"Maka persoalan yang saya ingin utarakan kepada Bersatu adalah, adakah anda semua bersedia untuk ‘u-turn’ pendirian anda dan sokong pindaan kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan?" tanyanya.


Untuk rekod, isu keputusan Speaker Dewan Rakyat enggan mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu kini telah dijadikan modal ceramah besar besaran PN di seluruh negara.


Isu itu juga menurut pemimpin mereka, akan digunakan sebagai senjata utama dalam Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri di Kelantan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page