Pimpinan Sabah menyeru kepada pengundi yang layak supaya menggunakan peluang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap sebaik baiknya dengan fikiran yang matang.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Peto Galim berkata pengundi perlu menggunakan kuasa mengundi itu berdasarkan rasional dan memilih pihak yang benar benar mampu menjaga kebajikan mereka untuk sepanggal akan datang.
"Saya berharap pengundi tidak menjadikan sentimen agama dan bangsa sebagai faktor memilih calon kerana keputusan itu sudah tentu memberi kesan kepada kemajuan pembangunan Sungai Bakap.
"Kita juga ingin membentuk sebuah negara yang kehadapan, bebas daripada mainan sentimen dan hidup secara aman serta harmoni," ujarnya semalam.
Hari ini Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat DUN Sungai Bakap.
Blok Perpaduan mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN.
PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022.
Comments