top of page

Pilih wakil Perpaduan, tingkatkan momentum pemulihan imej negara



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi di DUN Sungai Bakap diharap mula mempertimbangkan pemilihan wakil rakyat yang terbaik untuk menjamin keutuhan pemulihan ekonomi dan momentum kemasukan pelabur ke negara ini.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap biarpun hanya menghantar wakil ke peringkat DUN tetapi mempunyai kesan kepada momentum pemulihan keyakinan pemain ekonomi dunia terhadap kerajaan Malaysia.


Katanya, sekiranya wakil yang bakal ditunjuk oleh blok MADANI itu gagal mendapat mandat dibimbangi situasi itu akan memberi ruang kepada pembangkang untuk terus menggunakan sentimen perkauman dan agama sebagai mainan politik tanpa memilih pendekatan yang lebih membina.


"Kami kenal lama dengan Pas dan pernah bekerjasama dengan Bersatu. Sekiranya PRK Sungai Bakap kerajaan menang, isyaratnya PN mesti ubah taktik kerana taktik perkauman dan agama sudah tumpul.


"Sebab itu kemenangan Sungai Bakap ini penting untuk negara kerana perubahan taktik itu nanti akan menguatkan lagi momentun negara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Pelancaran Jentera Perpaduan DUN Sungai Bakap malam tadi.


Mengulas lanjut, Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu berkata kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (BN) pada dasarnya bukan wujud secara suka-suka tetapi atas kebersamaan untuk mewujudkan kestabilan politik bagi membina Malaysia yang lebih bertamadun.


Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, katanya, walaupun ada perbezaan tetapi ia amat kecil berbanding tekad membangunkan negara supaya Malaysia kembali tersohor di mata dunia


"Oleh itu pertahankan kebaikan, ketepikan perbezaan kerana keperluan negara ini mengatasi perasaan kita," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page