top of page

Pilih pemimpin bersungguh sungguh bela nasib rakyat Sabah - Anwar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat Sabah agar memilih pemimpin yang benar benar membela nasib rakyat walaupun pilihanraya masih jauh.


Hal itu dinyatakan dalam ucapan kemuncak Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre hari ini.


Beliau juga menyarankan KEADILAN agar bangkit lebih bersemangat di negeri itu berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020 lalu yang menyaksikan parti hanya menang dua kerusi DUN.


"KEADILAN mesti bangkit, Sabah untuk rakyat Sabah. Pilih pimpinan yang benar benar membela nasib rakyat.


"Negeri ini kaya, punya potensi besar, negeri ini perlu lahirkan wakil wakil rakyat yang bertanggungjawab. Mana mana pimpinan Sabah kalau ada kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan maka kita timbang, kalau tidak jangan timbang kerana kita akan lingkup.


"Bagi KEADILAN pula anggota mesti bertambah, ranting mesti giat dan cabang mesti segar," katanya.


Dalam pada itu, Anwar menempelak politik perkauman dan agama sempit yang berkumandang di Semenanjung dan berharap ianya tidak akan merebak ke Sabah.


Katanya, perlu ada saling hormat menghormati dalam hal beragama agar negara tidak berantakan atau huru hara.


Mengenai hubungan dengan Filipina dan tuntutan negara itu ke atas wilayah Sabah pula, Datuk Seri Anwar berkata, beliau tidak akan berkompromi soal kedaulatan wilayah Malaysia.

PM melancarkan Deklarasi Kinabalu

"Saya jawab baru baru ini bila kerajaan Filipina nak bangkit semula soal Sabah. Saya jawab hubungan kerajaan Malaysia dan Filipina cukup baik. Hubungan peribadi saya dengan presiden Bombong Marcos (Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos) sangat akrab. Dia anggap saya sebagai kawan yang baik.


"Kita harus runding dengan cara baik. Soal kedaulatan negara, soal kedudukan Sabah di dalam Malaysia tidak kita tolak ansur sama sekali.


"Ini yang harus kita tekankan," katanya lagi.


PM berharap dalam PRN akan datang, rakyat hanya akan memberi peluang kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat dan bukan sebaliknya.


Pada penutup Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah itu, PM merasmikan Deklarasi Kinabalu dengan gimik meletakkan tapak tangan ke atas kiub bertulisan "sinergi" yang merupakan singkatan kepada deklarasi tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page