top of page

Pilih Dr Joohari bawa suara rakyat lebih berkesan



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diseru untuk memilih calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin bagi membawa suara rakyat ke persidangan DUN Pulau Pinang.


Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar berkata, ini kerana wakil Harapan tersebut membolehkan suara rakyat dibawa dengan lebih efektif memandangkan Kerajaan Negeri dan Pusat dipacu Kerajaan Perpaduan.


Kita mohon pengundi Sungai Bakap memilih calom nombor satu kerana wakil rakyat yang dipilih perlu berani memberi pandangan dan kritikan.


"Lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang ada pengalaman dalam pendidikan termasuk menjadi bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara jadi kita nak minta peluang ada sosok sebegini dibawa ke sidang DUN Pulau Pinang," katanya di Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap, Puteri Gunung, malam ini.


Selain itu, bagi mengisi kemenangan tersebut, Nurul Izzah menyeru pengundi Sungai Bakap menunaikan tanggungjawab dengan mengundi seawal mungkin dan tidak keluar mengundi pada saat akhir mengikut masa yang ditetapkan.


"Esok pagi minta tolong untuk keluar mengundi awal bagi memudahkan tanggungjawab kita untuk memilih calon nombor satu," ujarnya.


Esok, seramai 39,279 pengundi berdaftar membuang undi bagi memilih wakil rakyat baharu.


Blok Perpaduan mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN.


PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page