top of page

Pilih calon Perpaduan, manfaat kuasa mengundi - Cikgu Rafee



Oleh: Abdullah Zaid


Pimpinan KEADILAN Melaka optimis calon Pakatan Harapan - Kerajaan Perpaduan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Cikgu Mohd Rafee Ibrahim berkata kempen penerangan yang dilakukan secara tuntas kepada masyarakat setempat mengenai isu-isu semasa selama 14 hari telah berjaya mendapatkan semula kepercayaan rakyat untuk memilik calon Perpaduan.


"Sepanjang berkempen, kita (jentera dari Melaka) memberi penerangan dan penjelasan kepada pengundi secara kempen lapangan dan pintu ke pintu bagaimana Kerajaan Perpaduan dapat membantu rakyat serta penduduk di Sungai Bakap," katanya semalam.


Jelas beliau yang juga Ketua Cabang Hang Tuah Jaya, faktor calon yang dipertandingkan juga memberi kelebihan kerana diyakini mampu memberi khidmat terbaik berdasarkan pengalaman Cikgu Joohari Ariffin sebelum ini


"Saya melihat calon yang diwakili parti kita adalah calon terbaik dan mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Beliau merupakan sosok yang layak untuk memimpin penduduk Sungai Bakap.


"Selain itu kelebihan calon kita juga mewakili Kerajaan Pusat dan negeri jadi apa-apa perkaitan polisi dan dasar yang ingin beliau bawa lebih mudah untuk direalisasikan," ujarnya.


Dalam misi wajib menang itu, Rafee yang lebih mesra dipanggil Cikgu Rafee, menyeru pengundi Sungai Bakap memilih wakil Perpaduan melihatkan kepada kelebihan dan manfaat kepada pengundi Sungai Bakap.


PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN.


PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page