top of page

Pihak berkuasa agama ambil tindakan terhadap Hj Hadi - AMK Pasir Mas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pasir Mas menyeru pihak berwajib agar mengambil tindakan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara berterusan mengeluarkan 'fatwa-fatwa' yang tidak sesuai dengan asas sebenar agama Islam.


Ketua AMK Pasir Mas, Wan Abd Hadi Hakimi Wan Mohd Nawi (gambar) berkata, kenyataan Presiden Pas yang menyamakan perjuangan politik parti mereka dengan perjuangan Rasulullah s.a.w adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.


Malah dakwanya, ia juga memperalatkan agama demi kepentingan politik yang berpotensi mencetuskan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.


"JAKIM, Menteri Agama serta Jabatan Mufti atau Majlis Agama Islam diseru supaya mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi Awang.


"Perjuangan Rasulullah adalah perjuangan suci berlandaskan wahyu dan penuh dengan nilai kash sayang, keadilan dan kesatuan ummah.


"Tindakan menyamakan perjuangan Rasulullah dengan perjuangan mana-mana parti politik adalah satu bentuk penghinaan kepada kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan satu tindakan yang melampaui batas," tempelak beliau menerusi satu kenyataan.


Ujarnya, kenyataan Ahli Parlimen Marang dalam satu siri ceramah Perikatan Nasional (PN) di Ayer Kuning baru baru ini disifatkan sebagai desperado apabila melabelkan kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan lebih utama berbanding mengerjakan haji dan umrah yang juga disifatkan sebagai satu bentuk penyimpangan daripada prinsip asas agama.


Katanya, ibadah haji dan umrah adalah rukun dan ibadah utama dalam Islam yang tidak sepatutnya diperkecilkan apatah lagi dibandingkan dengan kepentingan politik duniawi.


"Ini menunjukkan keutamaan yang sesat dan membimbangkan oleh Presiden Pas yang memberi 'signal' seolah-olah kuasa politik lebih penting daripada kewajipan agama.


"Kami menyeru semua pihak tidak yang terlibat dalam kempen PRK Ayer Kuning agar menjalankan kempen secara berhemah, matang dan penuh rasa hormat antara satu sama lain.


"Perbezaan ideologi dan pendapat tidak seharusnya dijadikan punca kepada perpecahan dan permusuhan, apatah lagi penyimpangan akidah sesama umat Islam," katanya yang menyelar kenyataan Abdul Hadi itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page