top of page

PH umum bentuk kerajaan bersama beberapa parti di luar gabungan

Updated: Nov 20, 2022



Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan membentuk kerajaan bersama beberapa parti di luar gabungan itu.


Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini dalam sidang media di hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor.


"Kita menerima keputusan dan menghormati mandat rakyat. Sebagaimana kita sedia maklum, PH adalah blok terbesar yang menang PRU 15.


"Sejurus selepas itu, kita faham tidak ada parti perolehi majoriti dalam parlimen dan memerlukan beberapa proses perbincangan dan perundingan.


"Saya maklumkan bahawa kami telah mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (berdasarkan majoriti diperolehi)," katanya.


Oleh itu beliau berkata, sebagai blok terbesar dan seharusnya diberi peluang membentuk kerajaan, PH akan mempersembahkan majoriti yang dimiliki bersama gabungan parti parti lain kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh segera.


"Pertama (PH) dari blok terbesar dan keduanya telah memperolehi jumlah sokongan Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerjaaan dengan majoriti mudah.


"Kami telah memperolehi majoriti secukupnya. Majoriti maknanya lebih daripada 111," katanya.


Bagaimanapun Anwar enggan mendedahkan majoriti tersebut menjawab soalan media sebelum mempersembahkannya kepada Agong.


"(Ia) melibatkan parti peringkat nasional, wilayah. Kita ada dokumen yang telah disediakan dan kita akan hantar kepada Agong sesegera mungkin," katanya lagi.


1 comment

Recent Posts

See All

1 commentaire


linda linda
linda linda
19 nov. 2022

Nice

J'aime

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page