top of page

PH Sabah tidak pernah putuskan Musa Aman terajui gabungan



Pakatan Harapan (PH) Sabah membantah laporan sebuah portal berita mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman akan memimpin gabungan itu.


Menurut Pengerusi PH Sabah, Christina Liew, perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mana mana mesyuarat PH Sabah sebelum ini.


"PH Sabah amat terkejut dengan satu laporan berita yang bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?” yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan tular dalam media sosial menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.


"PH Sabah secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ianya tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Harapan Sabah," katanya bersama pemimpin PH Sabah dalam kenyataan petang ini.


Tegas Christina Liew lagi, sesuai dengan autonomi PH Sabah, semua keputusan penting mengenai gabungan itu sewajarnya ditentukan oleh PH Sabah sendiri


Justeru, katanya, satu mesyuarat tergempar akan dipanggil membincangkan perkara berkenaan.


"PH Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak yang berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan PH Sabah.


"PH Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincang perkara ini termasuk halatuju PH Sabah menjelang pilihanraya negeri yang bakal diadakan nanti," katanya lagi.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Christina Liew; Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick; Pengerusi KEADILAN Sabah Datuk Sangkar Rasam; Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon; dan Pengerusi AMANAH Sabah Lahirul Latigu.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page