top of page

'PH gabungan parti reform, tumpu usaha pembinaan Bangsa Malaysia'



Pakatan Harapan (PH) merupakan gabungan parti parti yang memperjuangankan agenda reformasi atau reform sejak lebih dua dekad lalu.


Hari ini setelah genap dua tahun berkuasa pada November 2022, PH seharusnya memperkemas perjuangannya untuk membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan 'buta perkauman'.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, perjuangan PH tidak akan 'menjadi' sekiranya parti itu mengalih tumpuan ke arah mendapatkan sokongan Melayu sebagaimana Pas, Bersatu atau UMNO.


Gabungan itu, katanya, perlu memperteguh perjuangan asalnya menyatukan semua kaum; Melayu, Bumiputera dan bukan Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak.


"PH perlu menjadi gabungan yang inklusif bukan eksklusif. Ini kelebihan PH dalam merangkum semua rakyat Muslim atau bukan Muslim; Melayu atau bukan Melayu; Bumiputera atau bukan Bumiputera di seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Hassan Abdul Karim

"Daripada usaha untuk menjadi pro-Melayu, lebih bermakna PH menumpu kepada pembinaan Bangsa Malaysia yang bersatu, adil dan demokratik," katanya dalam kenyataan.


Menurut Hassan, PH tidak boleh menjanjikan harapan kepada berbilang kaum sekiranya berusaha untuk menjadi pro-Melayu.


Tentu sekali, katanya, agenda afirmatif membaiki ekonomi Melayu boleh dilaksanakan tetapi kelompok bukan Bumiputera yang ketinggalan juga harus dibantu.


"PH wajar melaksanakan dengan adil segala agenda affirmative action untuk membantu Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 153 Perlembagaan.


"Dalam masa sama golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera yang miskin, mundur, ketinggalan atau terabai selama ini mestilah sama-sama dibela.


"Jika PH yang sekarang berada dalam kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan agenda affirmative action untuk semua rakyat yang lemah, mundur dan miskin maka PH akan dilihat sebagai gabungan parti politik yang adil, bertanggungjawab kerana mengambil pendekatan politik jalur tengah dan tidak perkauman," ujarnya.


Mengambil iktibar keputusan pilihanraya presiden Amerika Syarikat yang memperlihatkan politik aliran kanan menang, PH seharusnya melaksanakan strategi memperkuat asas sokongan berbilang kaum sebagaimana formula parti itu mencapai kejayaan sebelum ini.


"PH jangan buang masa seperti Parti Demokratik di Amerika Syarikat yang gagal dalam usaha cuba memikat penyokong Parti Republican.


"PH di Malaysia sekarang perlu fokus memperkuatkan basis asas sokongannya dengan dasar-dasar dan perlaksanaan sistem ekonomi yang menjanjikan agihan yang adil, dengan perlaksanaan gaji yang wajar di landasan yang betul ke arah tercapainya cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dengan rakyatnya berpendapatan tinggi.


"PH mesti menumpukan agenda ekonomi yang menjamin kos sara hidup yang wajar dan tidak membebankan rakyat," katanya.


Sekiranya agenda besar perjuangan PH dapat dicapai, tegas Hassan, terutama tatakelola baik, menentang korupsi, menghapuskan ketirisan, menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan meningkatkan pencapaian sistem pendidikan negara maka gabungan itu akan diundi kembali pada pilihan raya umum akan datang.


"Percayalah bahawa rakyat semua kaum sama ada Melayu atau bukan Melayu; pengundi atas pagar; rakyat kelas B40, M40 dan T20 akan menyokong PH yang mengambil jalan tengah yang pragmatik dan realistik," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page