![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_8b0bd6dc431d4bc3bd24610030ad7613~mv2.jpg/v1/fill/w_720,h_455,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_8b0bd6dc431d4bc3bd24610030ad7613~mv2.jpg)
Paktan Harapan (PH) dalam mesyuarat Majlis Presiden petang semalam memutuskan untuk fokus kepada memperkukuh imej gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, beberapa ketetapan penting telah dibuat dalam mesyuarat tersebut sebagai langkah persiapan menghadpai PRU 15 yang dijangka diadakan pada bila bila masa
"Dalam menghadapi PRU15, Pakatan Harapan akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh PH itu sendiri
"Pakatan Harapan akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan. Satu reka bentuk baharu logo juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15," kata kenyataan Majlis Presiden.
Kenyataan bersama PH dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
Moga PH menang PRU15
Menyokong PKR dan PH