top of page

Petugas pembangkang masih berkempen di hari mengundi?



Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali kesal apabila menerima panggilan daripada seorang wanita yang didakwanya memujuk beliau untuk keluar mengundi PN hari ini.


Menurut Sheikh Umar, waktu yang dibenar berkempen telah pun berakhir pada pukul 12 tengah malam tadi dan tidak sepatutnya mana mana agen parti yang bertanding meneruskannya dengan alasan memujuk pengundi keluar mengundi.


"Pada pukul 8.33 pagi ini, saya telah menerima satu panggilan telefon dari individu tidak dikenali. Pemanggil merupakan seorang wanita.

Sheikh Umar bersoal jawab dalam panggilan

"Apa yang saya kesalkan pemanggil ini membuat panggilan, seterusnya berkempen untuk mengundi PN meskipun sudah tamat tempoh berkempen pada jam 12 malam tadi. Ini melanggar peraturan pilihanraya.


"Pemanggil telah menggunakan naratif perkauman jahat dengan menyatakan bahawa BN sebagai 'DAP CINA'.


"Saya sempat bertanya tentang parti Gerakan yang ada dalam PN. Pemanggil menyatakan bahawa "walau ada Gerakan dalam PN tapi kita di atas" dan bertanya saya "walau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tetapi Anwar lebih kepada siapa?" katanya dalam catatan di Facebook pagi tadi.


Kemudian kata Sheikh Umar, pemanggil itu mengelak untuk melanjutkan perbualan dan memberi alasan banyak lagi pengundi yang perlu dipanggil.


Selepas itu, katanya, petugas PH-BN membuat semakan menerusi aplikasi Truecaller dan mengesan nama pemanggil. Dakwa Sheikh Umar, siasatan yang dibuat mengesahkan bahawa pemanggil adalah petugas parti pembangkang yang berpengkalan di negeri Pahang.


Bagaimanapun, kata Sheikh Umar, beliau hanya sempat membuat rakaman panggilan itu pada 1 minit 9 saat terakhir daripada keseluruhan berdurasi selama 2 minit 36 saat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page