top of page

PETRONAS-PETROS: Permuafakatan tingkat pengembangan industri petroleum, gas



Kemunculan syarikat Petroleum Sarawak atau PETROS beroperasi di kawasan cari gali minyak wilayah berkenaan dan hak mengedarkan gas di negeri itu tidak akan mencabar syarikat petroleum negara, PETRONAS yang diwujudkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144].


Sebaliknya, menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua dua syarikat tersebut akan saling bekerjasama dalam menguruskan bahagian masing masing berdasarkan persefahaman bagi memenuhi kerukunan perniagaan di atas semangat Persekutuan.


"Maka, adalah satu kewajaran dimeterai permuafakatan agar tatakelola dasar dan pengembangan industri petroleum dan gas terus semarak dan memenuhi mandat Akta PDA 1974 dengan mengambil kira peranan PETROS selanjutnya," kata Anwar dalam sesi Penerangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Menurut PM, dengan menekuni semangat Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak telah mengakui beberapa perkara.


Iaitu, mengiktiraf Akta PDA 1974 sebagai Akta Persekutuan seperti yang tertera dalam peruntukan undang-undang; menyambut aspirasi negeri Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di Sarawak dan hasrat dijelmakan melalui Distribution of Gas Ordinance 2016 (DGO) dan berkuatkuasa pada 1 Mac 2025.


DGO dibaca sekali dengan Akta PDA 1974 maka PETROS berperanan sebagai agregator di Sarawak serta peranan tersebut tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada PETRONAS dan anak-anak syarikat yang bermakna Petronas akan mengekalkan semua perjanjian (contractual obligations) domestik dan antarabangsa sedia ada.


"PETROS di bawah DGO dijamin memperolehi gas asli sehingga 1.2 bilion kakipadu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya.


"PETROS turut berwewenang meluaskan kegiatan yang baharu dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS.


"PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak dan segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat serta kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus," katanya lagi.


Penerangan tersebut dijangka menyelesaikan beberapa isu berhubung operasi minyak dan gas PETRONAS di Sarawak yang sebelum menghadapi beberapa kendala dalam perundingan sejak tahun 2024.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page