top of page

Petronas, Petros perlu keluar kenyataan bersama redakan kontroversi



Syarikat gergasi petroleum negara, Petronas dan pengendali petroleum serta gas Sarawak, Petros perlu mengeluarkan kenyataan bersama dalam rundingan perniagaan berkaitan industri minyak dan gas di negeri Sarawak.


Senator Sarawak Abun Sui Anyit berkata demikian dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, meskipun banyak pihak berpendapat penyelesaian yang boleh dicapai oleh Petronas dan Petros di bawah pengaruh Perdana Menteri yang mengawal Kerajaan Persekutuan, namun hal sebenarnya tidak semudah itu.


"Apa yang disebut oleh Perdana Menteri sebagai respon adalah kedua - dua pihak Petronas dan Petros sedang memperincikan penyelesaian yang telah dipersetujui. Betulkan jika pemerhatian saya silap.


"(Namun) bagi saya, seperti pendirian saya sebelum ini, adalah molek kalau Petronas dan Petros mengeluarkan kenyataan media bersama tanpa mengharapkan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkaitan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai," ujarnya.


Tegas Abun, penyelesaian perdagangan seharusnya diputuskan oleh dua buah syarikat yang berunding dan tidak seharusnya dilihat dipandu oleh pemimpin politik.


Sehubungan itu, beliau amat berharap kedua duanya boleh mengeluarkan kenyataan bersama apatah lagi selepas tempoh untuk Petros mengambil alih sebagai agregator gas di Sarawak telah berlalu tempohnya pada 1 Februari 2024 lalu.


"Apa yang penting adalah, apabila kedua-dua pihak Petronas dan Petros mengeluarkan kenyataan media bersama, ini akan meredakan, dan kalau boleh menyelesaikan isu berkaitan persefahaman atau penyelesaian yang telah dicapai.


"Ini kerana kedua-dua entiti perniagaan tersebut lebih memahami apa yang diperlukan dalam penyelesaian yang dirunding.


"Jika ahli politik mengeluarkan persetujuan penyelesaian, ia akan mengundang polemik berterusan oleh pihak tertentu daripada diterima sebagai penyelesaian "once and for all"," jelas Abun.


Sekiranya pengumuman bersama dapat dibuat segera, tegas Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, banyak perkara selepas ini akan berjalan lancar.


"Pengumuman yang dibuat bersama oleh Petronas dan Petros perlu diterima dengan berlapang dada oleh semua pihak.


"Bukan terus menerus mempolitikkan isu ini, yang seharusnya isu perniagaan lebih difahami oleh pihak pengurusan Petronas dan Petros sendiri," katanya lagi.


Konflik antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak terus hangat diperkatakan. Menurut Seksyen 2 Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, Petronas memegang hak pemilikan eksklusif ke atas semua sumber petroleum di daratan dan luar pesisir.


Namun, Sarawak mempertahankan haknya melalui Ordinan Minyak dan Perlombongan (OMO) 1958, dengan mendakwa bahawa undang-undang tersebut masih sah dan boleh ‘wujud bersama’ PDA.


Kerajaan Negeri berhujah, pelantar benua yang mana Sarawak di atasnya berada dalam sempadan Sarawak sejak 1954, berdasarkan perintah Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council yang dikeluarkan oleh Ratu Elizabeth II. Sempadan itu, menurut Sarawak kekal utuh ketika negeri tersebut menyertai Malaysia pada 1963.


Sarawak berhujahhal itu merupakan sebahagian daripada wilayahnya sejak 1954, apabila sempadannya diperluaskan untuk merangkumi kawasan dasar laut melalui perintah Diraja. Namun, sebahagian pengamal undang undang mempersoalkan tafsiran sedemikian.


Hal itu kerana pelantar benua hanya ditakrifkan secara rasmi dalam Konvensyen PBB 1982 mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). Malaysia, sebagai penandatangan UNCLOS, menetapkan haknya ke atas pelantar benua melalui Akta Laut Wilayah 2012.


Tidak kurang yang mahukan Sarawak membawa kes tersebut ke mahkamah untuk menjelaskan sama ada undang undang terdahulu boleh berjalan serentak dengan UNCLOS atau akta yang terkemudian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page