top of page

PETRA peruntukan geran ganti paip lama kepada empat negeri



Kerajaan MADANI berusaha memastikan bekalan air bersih yang konsisten untuk pengguna dan industri, selain mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara.


Bagi tujuan itu, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bakal memperuntukkan geran kepada empat negeri bagi melaksanakan projek penggantian paip lama.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, empat negeri yang akan menerima geran tersebut ialah Sarawak, Sabah, Kelantan dan Kedah yang mencatat kadar NRW tinggi.

"Dua pendekatan diambil untuk menangani isu NRW, pertamanya menyediakan geran bagi negeri yang mencatat kadar NRW tinggi untuk menggantikan paip lama yang ada berusia lebih 50 tahun.

"Keduanya, bagi negeri yang mencatat kadar NRW rendah, kerajaan menawarkan skim geran sepadan iaitu dengan kaedah Kerajaan Persekutuan membayar 50 peratus daripada kos pembaikan," katanya dipetik.


Fadillah yang juga menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata begitu pada Sesi Libat Urus Kementerian PETRA Bersama Media Sarawak 2024 di Kuching.


Sementara itu menerusi ucapannya beliau berkata, negara komited untuk beralih kepada sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui.


"Dalam hal ini, kita di Sarawak seharusnya berbangga kerana sudah mencapai lebih 60 peratus tenaga boleh diperbaharui melalui kuasa hidro dan sekarang ini juga beralih untuk tenaga solar, empangan melata dan biojisim.


"Bagaimanapun di Semenanjung, tenaga boleh diperbaharui hanya mencapai sekitar 20 peratus, namun disebabkan tidak banyak sungai di sana, usaha lebih difokuskan kepada tenaga solar," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page