top of page

Pesuruhjaya Pas Perak salahkan media, ikhlaskah permohonan maaf?



Oleh: Akmal Manaf


Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria seharusnya memohon maaf dengan penuh ketulusan terhadap kesilapannya mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan tokoh korporat YTL kononnya mempunyai hubungan persaudaraan.


Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung permohonan maaf Razman terhadap Hannah Yeoh dan konglomerat YTL itu mungkin kurang ikhlas.


Hal itu kerana katanya, permohonan dilihat tiada refleksi mendalam terhadap kesilapan dilakukan sebaliknya hanya menyalahkan pihak media.


Chean Chung berkata, walaupun Razman telah mengakui tersilap tetapi ADUN Gunung Semanggol terbabit cuba mengalihkan sebahagian tanggungjawab kepada pihak media, kononnya laporan sebuah portal berita telah memanipulasi kenyataannya.


Kata beliau, percubaan Razman untuk mengalihkan kesalahan kepada media itu tidak akan mengubah hakikat bahawa kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri.


"Razman cuba menyalahkan media dengan mendakwa bahawa kenyataan beliau dipotong hanya 10 saat daripada ceramah selama 30 minit. Namun, kenyataan itu adalah sesuatu yang beliau sendiri ucapkan secara terbuka.


"Tanggungjawab media adalah untuk melaporkan kenyataan beliau dengan tepat, bukan untuk 'mereka' cerita.


"Kesilapan utama dalam isu ini bukanlah pada cara media melaporkan berita, tetapi pada sikap seorang ahli politik yang membuat kenyataan tanpa menyemak fakta terlebih dahulu," tempelak Chean Chung menerusi satu kenyataan.


Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu mendesak supaya selepas ini pemimpin Pas menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga kepercayaan rakyat dan integriti politik.


"Jika seseorang pemimpin begitu mudah bercakap tanpa asas, bagaimana rakyat boleh mempercayai apa yang mereka katakan?


"Sebagai ahli politik, seseorang itu harus bertanggungjawab ke atas setiap kenyataan yang dibuat, bukannya cuba mengaburi kesilapan setelah ia didedahkan kepada umum," bidas beliau.


Tambah Chean Chung lagi, ini bukan kali pertama pemimpin Pas tersilap dalam mengenal pasti individu berprofil tinggi.


Sebelum ini, katanya, Ahli Parlimen Pas Kepala Batas, Dr Siti Mastura pernah secara terbuka mendakwa bahawa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempunyai hubungan darah dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, dan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.


"Akhirnya, tuduhan tidak berasas ini membawa kepada tindakan undang-undang, dan beliau kalah dalam kes tersebut.


"Jika seorang pemimpin politik tidak mampu untuk mengesahkan fakta asas, ini menunjukkan mereka kurang memahami sejarah negara dan latar belakang dunia perniagaan.


"Sebagai ADUN dan pemimpin peringkat negeri, mereka seharusnya mempunyai tahap pemahaman yang lebih tinggi dan mengelakkan penyebaran maklumat salah," ujar pemimpin KEADILAN itu.


Justeru, beliau menggesa ahli-ahli politik Pas untuk memperkukuhkan pemahaman asas mereka bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.


"Jika tidak, mereka hanya akan terus menjadi bahan jenaka rakyat," katanya lagi.


Terdahulu, menerusi video tular di media sosial, Razman, mendakwa Hannah mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh yang memiliki YTL, kemudian dibidas Ahli Parlimen Segambut itu.


"Pas perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan," kata pemimpin DAP itu dipetik.


Untuk rekod, menurut laman web YTL Community, Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay.


Anaknya Francis Yeoh Sock Ping pada waktu ini memegang jawatan pengerusi eksekutif.

0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page