Perayaan pesta Pongal pada tahun ini diharap akan memberi keamanan dan kemakmuran kepada rakyat Malaysia.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata pesta tersebut boleh mempererat semangat kekitaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut masyarakat India di seluruh negara pada hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Hindu.
"Menjadi tradisi masyarakat India negara ini untuk menghias rumah dengan tebu, pelepah kelapa dan kolam yang berwarna-warni.
"Pasukan saya telah mengagihkan tebu ke komuniti India di Sungai Buloh (kawasan parlimen beliau) bagi meraikan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.
"Semoga sambutan Ponggal beri kemakmuran, buka peluang dan harapan baharu buat seluruh rakyat Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh.
Sementara itu Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami juga mengucapkan selamat meraikan Pongal.
"Selamat menyambut perayaan Pongal," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.
Perayaan Pongal dirayakan oleh masyarakat Tamil di Malaysia mulai 14 hingga 17 Januari.
Comments