top of page

Pesta durian meriahkan kempen di DM Padang Lalang



Oleh: Abdullah Zaid


Pesta makan durian memeriahkan suasana kempen di Daerah Mengundi (DM) Padang Lalang, Sungai Bakap.


Jamuan durian pelbagai variasi itu disajikan kepada penduduk Taman Tasik Indah bagi memeriahkan suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).


Program yang dianjurkan pada petang semalam itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkunjung ke kawasan berkenaan.


Mantan Presiden KEADILAN itu sempat meninggalkan pesan buat pengundi DUN Sungai Bakap agar memilih calon Perpaduan pada hari pengundian, Sabtu ini.

Kenduri durian sempena musim durian di utara

"Kita mahu pengundi Sungai Bakap memberikan sokongan kepada calon kita Dr Joohari, semoga calon nombor satu kita diberikan mandat untuk menjadi wakil rakyat di DUN Sungai Bakap," katanya


Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.


Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan mantan pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Joohari, sebagai calon Madani.


Anak jati Sungai Bakap itu ditugaskan untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN itu setelah beralih tangan ke Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


Kawasan yang terletak di bawah Parlimen Nibong Tebal itu pernah menjadi kerusi KEADILAN sejak 2008 sebelum beralih tangan ke Pas pada PRN 2023.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page