top of page

Pesawah, petani terjejas banjir di utara Semenanjung dibantu - KPKM



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah mengambil langkah untuk membantu petani, penternak, dan nelayan termasuk pesawah yang terkesan dengan bencana banjir di utara Semenanjung.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu melalui satu kenyataan berkata, bantuan akan disalurkan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi tanaman padi, serta Tabung Bencana Pertanian (TBP) untuk aktiviti agromakanan lain dan golongan terbabit boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan ini di cawangan AgroBank yang terdekat.


"Selain bantuan tersebut, hari ini AgroBank turut mengumumkan tawaran moratorium kepada para pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang berlaku sekarang ini," katanya.


Dianggarkan 5,822.59 hektar tanaman padi telah ditenggelami air susulan banjir di Perlis, Pulau Pinang dan Kedah dengan nilai kerugian dianggarkan RM32 juta.


Sementara itu menurut Mohamad, pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri susulan banjir di negeri utara semenanjung sejak 18 September lalu.


Selain memantau keadaan cuaca, jawatankuasa itu juga akan membuat hebahan awal kepada golongan sasar dan melaksanakan pelan mitigasi bagi mengurangkan kerugian kepada sektor agromakanan negara ketika bencana


"KPKM juga telah mengarahkan libat urus bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi memastikan maklumat berhubung penyelarasan bencana banjir di peringkat daerah dan negeri sentiasa dikemas kini.


"Maklumat perlu disampaikan kepada kumpulan sasar terutama bagi kawasan yang berisiko mengalami bencana," tambahnya.


Kementerian juga menurut beliau, bersedia menggerakkan aset-aset bagi membantu usaha-usaha menyelamat semasa banjir sekiranya perlu dan mendapat kebenaran daripada NADMA.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page