top of page

Pesara guru dialukan kembali berkhidmat, tingkat penguasaan BI murid sekolah



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pendidikan (KPM) mengalu-alukan golongan pesara guru bahasa Inggeris (BI) tempatan untuk terlibat dalam usaha membantu meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran itu dalam kalangan murid sekolah di negara ini.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, golongan pesara guru sebenarnya sudah banyak membantu usaha kementerian selama ini dalam meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bahasa Inggeris.


"Kalau sukaralewan Singapura hendak datang kita alu-alukan, kalau guru yang sudah bersara ingin berkhidmat pun kita alu-alukan, kita tidak ada masalah," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai cadangan melibatkan guru bersara di Malaysia dalam pengajaran bahasa Inggeris selain mendapatkan khidmat tenaga pengajar dari Singapura.


Fahdlina berkata kementerian tidak mempunyai masalah untuk membuka ruang kepada golongan pesara itu bagi menyumbangkan kepakaran dan memberikan cadangan berkaitan pembelajaran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

Jelasnya program Highly Immersive Programme (HIP) Mentor sudah diperkenalkan oleh kementerian dengan menjalankan program melibatkan guru-guru bersara bagi membantu menyediakan persekitaran berbahasa Inggeris di sekolah dengan pendekatan dan aktiviti yang lebih menarik.


"Jadi program ini membolehkan guru dan pensyarah Bahasa Inggeris yang bersara bagi menyokong dan bantu dalam persekitaran mengasyikkan di sekolah selaras dengan objektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut


"Pesara terbabit digelar mentor, sebagai rakan gerak jangkau mewakili pihak komuniti yang menyumbang secara sukarela membantu murid-murid meningkatkan penggunaan bahasa Inggeri dengan lebih yakin dan menyeluruh," katanya.


Kepada soalan asal Ahli Parlimen Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai perancangan khusus kerajaan berhubung cadangan membawa masuk tenaga pengajar bahasa Inggeris dari Singapura, Fadhlina berkata inisiatif berkenaan masih diteliti KPM.


Beliau berkata cadangan mewujudkan skim bantuan atau melantik sukarelawan yang dibiayai republik itu untuk ke kawasan tertentu di negara ini bagi mengajar bahasa Inggeris merupakan hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sebelum ini.


"Skim (sukarelawan) ini bertujuan membantu meningkatkan pengguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar, pinggir bandar dan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.


"KPM menyambut baik dan sedang meneliti cadangan sukarelawan ini terutama daripada sudut pelaksanaan di institusi pendidikan kerajaan agar perkara ini selari dengan dasar dan peraturan sedia ada.


"KPM juga akan mengenal pasti sukarelawan yang mempunyai kelayakan tertentu bagi menjamin kualiti PdP," katanya.


Fadhlina berkata inisiatif seperti itu pernah dilaksanakan kementerian dengan melibatkan tenaga pengajar dari negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page