top of page

Peruntukkan RM68.18 juta selesai masalah NRW di Kelantan



Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan RM69.18 juta secara geran kepada Kelantan bagi mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) di negeri itu.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi Program Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan Pendekatan Satu yang merangkumi pakej satu yang melibatkan kerja-kerja penggantian meter untuk mendapatkan bacaan NRW lebih tepat, yang telah siap dan diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada Mac 2023.


"Manakala pakej dua membabitkan kerja penggantian dan pembaikan tangki air yang dijangka siap September ini," katanya dipetik di Dewan Rakyat semalam.


Beliau sebelumnya menjawab soalan seorang Ahli Parlimen yang ingin tahu perancangan diambil kementerian bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan terutama NRW.


Sementara itu menurutnya, bagi mengatasi kehilangan air secara fizikal disebabkan oleh kekerapan kebocoran pada paip agihan yang lama dan uzur, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga memberikan pembiayaan berjumlah RM210 juta kepada AKSB bagi melaksanakan projek penggantian paip simen asbestos AC) sepanjang 359 kilometer secara berfasa di seluruh Kelantan.


Selain itu, terdapat dua projek baharu dan tiga projek sambungan yang telah diluluskan untuk Kelantan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan anggaran kos keseluruhan RM704.8 juta bagi menangani isu bekalan air di negeri itu.


Akmal sementara itu mendedahkan Kelantan mencatatkan 54.5 peratus NRW pada tahun lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page