top of page

Peruntukan RM50 juta naik taraf perkhidmatan monorel - MOT



Kemudahan perkhidmatan di stesen monorel di ibu kota bakal dinaik taraf melalui peruntukkan RM50 juta oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan lif, pintu di antara platform dengan tren, tandas awam dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi video analitik.


"Ada beberapa kelemahan yang dah dikenal pasti dan perlu diperbaiki antaranya kerosakan lif di stesen-stesen monorel. Daripada 21 lif di 11 stesen, tapi hanya tiga saja yang beroperasi.


"Ia perlu dilakukan berikutan monorel merupakan antara perkhidmatan utama yang menghubungkan laluan penting ke pusat-pusat perniagaan, beli-belah dan pejabat-pejabat utama," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.


Terdahulu Ahli Parlimen Seremban itu mengadakan lawatan kerja ke Wisma Monorel di Kuala Lumpur bagi memantau perkembangan projek menaik taraf fasiliti dan perkhidmatan laluan perkhidmatan tersebut.


Mengulas lanjut mengakui berlakunya kelewatan dalam kerja-kerja naik taraf yang diusahakan sebelum ini susulan syarikat terdahulu yang dilantik tidak lagi beroperasi.

Justeru kontrak pembaikan telah pun dianugerahkan kepada kontraktor baharu dan ia antaranya melibatkan pembaikan lif di tiga stesen iaitu Imbi, Hang Tuah, dan Tun Sambanthan yang dijangka siap Oktober akan datang.


"Empat stesen lagi iaitu Raja Chulan, Bukit Nanas, Medan Tuanku dan KL Sentral pula menjelang Januari 2025. Tiga lagi stesen iaitu Chow Kit, Titiwangsa dan Maharajalela akan siap dibaiki menjelang April 2025," katanya dipetik.


Selain itu katanya, pintu-pintu antara platform serta monorel juga gagal berfungsi dengan baik dan akan dinaik taraf menerusi dua fasa.


"Fasa pertama melibatkan stesen KL Sentral, Tun Sambanthan, Maharajalela dan Hang Tuah yang dijangka siap pada Oktober ini. Fasa kedua untuk tujuh lagi stesen pula dijangka siap menjelang Disember tahun ini.


"Kita tidak mahu lagi ada kes penumpang jatuh atas trek disebabkan masalah pintu terutamanya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) berikutan mereka ini ramai juga yang gunakan monorel," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page