top of page

Peruntukan RM468 juta tingkat infrastruktur, kurang kemiskinan Sabah



Status Sabah antara negeri termiskin di Malaysia sedang diperbaiki dengan pelbagai peruntukan pembasmian kemiskinan daripada Kerajaan Persekutuan


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan menyedari Sabah memerlukan banyak pembiayaan bagi mengeluarkan kelompok miskin tegar di negeri itu dan ianya sedang diusahakan dengan sebaik mungkin.


"Daripada 18,445 (miskin tegar) seluruh Malaysia, 6,937 ada di Sabah.


"Kita sedia maklum dari 10 daerah miskin tegar, 7 di Sabah.


"Khusus untuk Sabah, keadaan jauh lebih mencabar kerana kegiatan ekonomi mewujudkan peluang perkerjaan bergaji, banyak tertumpu di pantai barat atau timur, insfrastruktur lebih meruncing daripada tempat lain


"Beberapa tindakan khusus, menumpukan pembinaan insfrastruktur dibuat untuk memastikan kita dengan cepat mengurangkan jurang kemiskinan. Peruntukan sebanyak RM468 juta telah diluluskan untuk mewujudkan insfrastruktur di 8 daerah termiskin ini.


"Sabah juga menerima peruntukan tertinggi projek kecil. Sebanyak 40% keseluruhan projek kecil ditumpukan kepada Sabah," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Bung Moktar Raden (BN-Kinabatangan) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.


Selain itu Rafizi turut menjelaskan keadaan yang berbeza di Sabah berbanding di Semenanjung menyebabkan insiden kemiskinan di negeri itu amat tinggi.


"Keadaan agak berbeza di Sabah. Pertama kos di Sabah lebih mahal daripada seluruh negara


"Kalau kayu ukur nasional RM1,168 pendapatan isi rumah (dianggap miskin) di Sabah lebih tinggi. Untuk bandar RM1,180 tetapi di luar bandar RM1,275, jadi puratanya ialah RM1,218.


"Jadi risiko keluarga di Sabah untuk berada dalam keadaan miskin tegar sebenarnya lebih tinggi daripada seluruh negara


"Dicampur masalah lain, bilangan isi rumah berada di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 28% daripada keseluruhan bilangan isi rumah miskin di Malaysia," katanya.


Beliau juga menyebut daerah miskin di Sabah yang mengatasi purata kemiskinan di peringkat Persekutuan 0.2%. Iaitu di Tongok 5.9%, Beluran 5%, Pitas 4.8%, Kota Marudu 4%, Tuaran 2.6%, Ranau 2.4% dan Lahad Datu 2.4%.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page