top of page

Peruntukan RM16 bilion Sabah: PH hargai komitmen pelaksanaan MA63



Pakatan Harapan (PH) Sabah menghargai peruntukan RM16 bilion kepada negeri itu yang diluluskan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut kenyataan bersama pimpinan PH Sabah, pemberian 40% daripada hak Sabah itu harus diterima dengan hati dan fikiran yang terbuka sebagai suatu perhatian istimewa dan komitmen kewangan oleh Kerajaan Persekutuan dalam memahami dan mengakui keperluan rakyat Sabah.


"Apabila kita bercakap tentang MA63 dan hak-hak yang termaktub di dalamnya, ramai yang nampaknya mengabaikan fakta bahawa hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 melibatkan banyak lagi perkara lain dalam rangka kerja tersebut.


"Tidak dapat dinafikan bahawa Kerajaan Persekutuan ini telah bersetuju dan menyelesaikan beberapa perkara di bawah Majlis Tindakan Penyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).


"Selepas 61 tahun pembentukan Malaysia, ini adalah kali pertama beberapa tuntutan di bawah MA63 telah dapat diselesaikan," kata mereka dalam kenyataan.


Menurut mereka, pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan telah mengembalikan kedudukan asal Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan ketika Malaysia dibentuk. Pindaan Perkara 160(2) pula telah memberikan pengiktirafan dan nyawa perundangan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dalam Perlembagaan Persekutuan.


Kata kenyataan itu lagi, melalui penubuhan MTPMA63 oleh Kerajaan Persekutuan, rakyat telah melihat beberapa tuntutan penting diberikan dan dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak.


Perkara seperti penyerahan kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah serta pemberian kuasa ke atas perlesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah pun berlaku.


"Antara yang diselesaikan sepenuhnya ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182); dan pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 untuk melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli tetap lembaga.


"Bukan itu sahaja, penyerahan kuasa untuk mengawal selia bekalan gas di Sabah; pentadbiran kehakiman di Sabah dan Sarawak; penyediaan garis panduan untuk pemindahan semula tanah yang dikhaskan untuk Persekutuan di Sabah dan Sarawak; serta penyerahan kuasa pengawalseliaan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah juga telah diselesaikan," katanya.


Ke hadapan, menurut pemimpin PH, banyak lagi perbincangan dan rundingan rumit melibatkan perundangan yang kompleks memerlukan kajian dan pertimbangan terperinci.


Namun apa yang meyakinkan, kata mereka, Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang telah bersetuju dan membenarkan perkara tersebut dibincangkan, dikaji dan mencari jalan untuk diselesaikan berbanding sembilan PM yang lalu.


"Tidak pernah dalam sejarah negara, kita mempunyai seorang PM yang telus, menghormati perjanjian sejarah dan ikhlas untuk memberikan pemberdayaan kewangan yang sebenar kepada Sabah dan Sarawak.


"Beberapa tahun yang lalu, perkara ini adalah “pantang” untuk disebut dan dibincangkan secara terbuka.


"Dengan perkembangan positif ini, kita yakin melalui keikhlasan, komitmen dan kepimpinan Perdana Menteri, kita akan memastikan pada akhirnya apa yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai hak Sabah dan Sarawak pasti akan dihormati dan dilunaskan," kata kenyataan itu.


Selain itu, pemimpin PH Sabah juga mengucapkan selamat hari lahir kepada PM Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun beliau ke 77 semalam.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden UPKO Datuk Ewon Benedict, Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon; dan Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page