Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Sempena sambutan Hari Peneroka, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) mengumumkan dua berita baik untuk warga peneroka.
Pertama, mengumumkan peruntukan sebanyak lebih RM100 juta tambahan subsidi untuk membantu mengurangkan beban peneroka bagi menampung kos pengoperasian ladang akibat penyasaran subsidi diesel.
Kedua, kerajaan juga bersetuju untuk meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTI Madani).
Ini bermakna, setiap tanah rancangan akan menerima RM100,000 untuk melaksanakan satu projek ekonomi tambahan di kawasan mereka.
Anwar berkata, beliau mahu semua projek tersebut melibatkan jawatankuasa masjid, surau, belia dan juga kaum wanita.
Tidak lepas tangan
Dengan peruntukan keseluruhan berjumlah lebih RM137 juta itu, ia adalah tanda yang menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada kehidupan warga Felda.
Kerajaan pada hakikatnya tidak pernah lepas tangan atau mengabaikan golongan peneroka dalam meneruskan kehidupan mereka.
Di sebalik kos sara hidup yang meningkat dan penyasaran subsidi diesel yang tidak dapat dielakkan, kerajaan memberikan bantuan tambahan demi meringankan bebanan.
Inilah tanda madani sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.
Tahniah warga Felda. Semoga warga Felda lebih maju dan sejahtera.
_____________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments