top of page

Peruntukan RM130 juta: Rangka strategi berkesan perkasa komuniti India



Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar menyambut baik peruntukan RM130 juta untuk pembangunan masyarakat India yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 sebagai sebahagian daripada usaha komprehensif kerajaan Madani dalam usaha merapatkan kesenjangan antara kaum.


Bagaimanapun beliau menekankan bahawa niat murni Kerajaan Madani itu harus diiringi dengan pelaksanaan yang berstrategi bagi memberi impak maksimum kepada masyarakat India yang perlukan pembelaan.


"Seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah meningkatkan pelbagai bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk golongan berpendapatan rendah.


"Begitu juga, peruntukan untuk masyarakat India yang harus dilaksanakan melalui strategi tepat untuk memastikan ia memberi kesan yang positif dan signifikan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Sivakumar, peruntukan tersebut seharusnya membawa pulangan yang bukan sahaja menguntungkan komuniti India tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.


"Peningkatan peruntukan kebajikan yang menyeluruh, termasuk kepada masyarakat India adalah suatu langkah yang menyokong matlamat kerajaan untuk memastikan rakyat dari semua kumpulan mendapat manfaat," ujarnya.


Menurut beliau lagi, sama seperti peningkatan bantuan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah, peruntukan RM130 juta itu wajar digunakan dengan teliti untuk memperkasakan komuniti India dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan dan kemahiran digital, yang selari dengan strategi Kerajaan Madani untuk memperkukuh ekonomi dan memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif.


"Kita perlu mengambil pendekatan yang holistik dan inklusif dalam penggunaan dana ini. Tujuannya adalah untuk memastikan pembangunan yang lebih luas, bukan sahaja dari sudut budaya tetapi juga dari segi ekonomi dan sosial, selaras dengan niat murni kerajaan untuk membantu rakyat," katanya.


Sehubungan itu, bagi meningkatkan keberkesanan dana tersebut, Sivakumar mencadangkan pelaksanaan sistem pemantauan yang telus, termasuk penerbitan laporan berkala mengenai penggunaan dan impaknya.


Beliau turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan peruntukan berkenaan digunakan sepenuhnya demi kebaikan masyarakat India dan Malaysia secara keseluruhan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page