top of page

Peruntukan RM1 bilion bukti kerajaan komited tingkat hasil padi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Ahli Parlimen Sungai Petani merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI atas komitmen menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.


Dr Mohammed Taufiq Johari menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, peruntukan hampir RM1 bilion untuk Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 membuktikan kesungguhan kerajaan meningkatkan hasil padi.


Projek itu jelasnya bukan hanya dijangka meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus tetapi juga akan menaikkan pendapatan 6,100 pesawah terbabit sehingga 43 peratus.


"Rakyat Kedah khususnya golongan petani berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana tidak meminggirkan atau menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri pembangkang.


"Inisiatif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira perbezaan politik," katanya.


Perdana Menteri meluncurkan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda pada Khamis.


Beliau menegaskan, kerajaan amat mengambil berat soal keselamatan makanan asas rakyat dan negara tidak seharusnya terus bergantung kepada beras import.


Sementara itu Mohammed Taufiq dalam kenyataannya turut berkata, pentadbiran Perdana Menteri turut mengambil langkah amat bermakna bagi meringankan beban pesawah yang terjejas akibat bencana alam.


Ia dilaksana menerusi inisiatif lain seperti pemberian bantuan khas oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan bantuan banjir untuk Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

"Kita perlu mengakui bahawa kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil inisiatif sebegini untuk negeri-negeri pembangkang dan pesawah padi.


"Ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page