top of page

Peruntukan parlimen: Pembangkang perlu hormati rundingan MoU - Yuneswaran



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen pembangkang diingatkan untuk tidak mempolitikkan Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang masih dalam proses perbincangan.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, tindakan pembangkang membuat kenyatan terbuka berkaitan rundingan MoU tidak sewajarnya berlaku serta tidak menepati etika berunding.


"Seharusnya pembangkang tidak mempolitikkan isu ini kepada umum, malah boleh sahaja dirunding kerana isi kandungan MoU tersebut masih dalam draf dan belum dimuktamadkan.


"Saya kira tindakan pembangkang jelas tidak menghormati rundingan MoU dan sikap mereka yang masih lagi bermain politik dalam isu ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Yuneswaran berkata, sokongan kepada kerajaan sebagai salah satu syarat memorandum persefahaman yang dipertikaikan pembangkang bukanlah kali pertama dilakukan, memandangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada kerajaan PN-BN sebelum ini juga melakukan hal sama dalam usaha membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan pada 2021 untuk mewujudkan kestabilan politik.


Malah, katanya, isu-isu 3R sebagai syarat MoU juga tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah sebahagian undang-undang negara yang wajib dipatuhi.


"Kandungan MoU itu sebenarnya amalan biasa dalam mana-mana negara supaya kita jamin politik aman dan matang.


"Bahkan 3R juga bukanlah perkara yang boleh dirunding, sebaliknya ia perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak termasuk masyarakat. Jadi apakah pembangkang sebenarnya tidak mahu menghormati institusi raja?," ujarnya lagi.


Sebelum ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan draf MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang.


Katanya tujuh daripada keseluruhan draf itu disifatkan sebagai janggal dan aneh untuk dimenterai.


Antaranya berhubung pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page