top of page

Peruntukan MP pembangkang: Tolak MoU, enggan akui prinsip ketelusan?



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan kenyataan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu peruntukan kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang, adalah dangkal dan tidak berasas.


Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Haziq Azfar Ishak berkata meskipun gabungan pembangkang itu tidak bersetuju dengan Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mendapatkan peruntukan yang didakwa mengandungi syarat syarat ketat, mereka sepatutnya menggunakan ruang yang ada untuk mengemukakan cadangan pindaan, namun hal itu tidak berlaku.


''Keputusan menolak MoU tanpa alasan yang jelas dan konstruktif hanya menimbulkan keraguan terhadap tujuan sebenar tindakan tersebut.


''Lebih menghairankan, tindakan Tan Sri Muhyiddin menolak mentah-mentah MoU berkenaan boleh dianggap satu bentuk penolakan terhadap prinsip ketelusan.


''Malah keengganan beliau untuk menandatangani MoU itu turut menimbulkan persoalan mengenai integriti dan keberanian beliau untuk bertanggungjawab, terutamanya dalam soal pengisytiharan harta,'' katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Haziq lagi, perkara yang terkandung dalam MoU tersebut adalah asas-asas penting bagi mewujudkan kerukunan dan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang lebih harmoni.


Katanya, MoU itu jauh sekali menyentuh soal kepentingan politik partisan tetapi menjurus kepada perpaduan nasional dan kesejahteraan rakyat Malaysia.


''Tindakan menolak hanya merugikan rakyat yang menginginkan kestabilan dan kemajuan negara.


''Tan Sri Muhyiddin perlu memberi penjelasan yang jelas mengenai keengganan PN untuk menandatangani MoU ini,'' ujar beliau.


Dalam pada itu, Haziq berkata tindakan Ahli Parlimen Pagoh dalam isu itu turut menimbulkan beberapa persoalan.


''Adakah beliau menolak kerana tidak mahu mengisytiharkan harta? Adakah PN enggan menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian dan hasutan berkaitan isu bangsa dan agama?


''Persoalan-persoalan ini perlu dijawab demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia,'' katanya lagi.


Sebelum ini, media melaporkan, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mendakwa parti itu mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.


Beliau mendakwa, syarat yang ditetapkan MoU itu adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page