top of page

Pertumbuhan ekonomi Selangor 5.4%, tertinggi dalam negara - Halimey



Pertumbuhan ekonomi negeri Selangor terus mengekalkan rekod sebagai negeri termaju dan mencatat nilai Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) paling tinggi di Malaysia.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, pemacuan pertumbuhan berterusan itu merupakan hasil kebijaksanaan polisi ekonomi Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari yang menumpukan kepada sektor perkhidmatan sebaik sahaja beliau mengambilalih jawatan MB pada 2018 lalu.


"Pada 2023 sumbangan KDNK negeri Selangor untuk Malaysia meningkat sebanyak 0.4% berbanding tahun 2022. Malah Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk tahun lalu iaitu sebanyak 5.4%.


"Pentadbiran Datuk Seri Amirudin berjaya meningkatkan hasil industri perkhidmatan daripada 6.1% semasa awal pengambilalihan pemerintahan pada tahun 2018 kepada 61% daripada keseluruhan aktiviti ekonomi Selangor pada tahun 2023. Kini industri perkhidmatan merupakan nadi utama kepada pendapatan Selangor," katanya dalam kenyataan.


Menurut Halimey lagi, keberhasilan membangunkan industri perkhidmatan di Negeri Selangor itu sangat bergantung kepada kejayaan Kerajaan Negeri memperkukuhkan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, komunikasi ICT, jalinan perhubungan dan pengangkutan serta pembangunan sosial ke tahap antarabangsa bagi memastikan pelabur terus kekal dan menarik lebih ramai pelabur baru.


Selain itu Amirudin juga, katanya, turut mengiktiraf peranan yang dilaksanakan oleh komuniti perniagaan dan rakyat dalam membantu Selangor mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang tertinggi kepada KDNK Malaysia.


"Keyakinan kedua-dua entiti tersebut terhadap dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri menyebabkan perlaksanaan sesuatu inisiatif bergerak lancar sehingga ke peringkat akar umbi.


"Diharap kepercayaan tersebut dapat terus ditonjolkan pada masa mendatang bagi memastikan keselarian antara Kerajaan Negeri bersama komuniti perniagaan dan rakyat tidak tergendala," ujarnya.


Selain itu, tambah Halimey, kenyataan MB yang turut mengiktiraf sumbangan semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri, bermula dari peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga peringkat teringgi dalam kerajaan Selangor juga sangat dihargai semua pihak.


"Kejayaan ini dicapai atas dokongan di semua peringkat kepimpinan untuk memastikan keberhasilannya tercapai. Hasil yang diperolehi melalui pengiktirafan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan semua pihak berjaya melaksanakan peranan masing-masing dengan cemerlang," kata Halimey lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page