top of page

Pertumbuhan ekonomi Malaysia atasi jangkaan 3.9%



Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama 2024 menunjukkan peningkatan meyakinkan apabila berjaya mencatat angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.2%.


Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, pertumbuhan itu melewati jangkaan pemerhati ekonomi antarabangsa yang meramal angkanya tidak lebih daripada 3.9%


"Pertumbuhan KDNK Ekonomi Malaysia pada suku pertama 2024 berkembang pada kadar 4.2 peratus berbanding dengan suku keempat 2023 2.9%. Walaupun negara berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.


"Kadar pertumbuhan mengatasi unjuran konsensus Bloomberg sebanyak 3.9%, menunjukkan bahawa KDNK Malaysia berada pada kedudukan yang baik," katanya.


Pertumbuhan yang baik itu, kata Nik Nazmi lagi, membuktikan Kerajaan Madani telah berjaya meletakkan ekonomi negara pada landasan yang betul dalam menuju pemulihan komprehensif menjelang tahun hadapan.


"Ia membuktikan bahawa penyampaian dasar kerajaan yang berkesan serta pengurusan ekonomi yang baik," katanya.


Menurut Nik Nazmi lagi, Kerajaan Madani komited melaksanakan agenda reformasi untuk mentransformasikan ekonomi dan penyampaian perkhidmatan awam serta reformasi dasar yang menyeluruh kepada semua rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page