Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 meningkat 5.8% sebagaimana dinyatakan oleh Jabatan Perangkaan Negara semalam memberikan gambaran jelas bahawa hala tuju ekonomi Malaysia kini berada di landasan yang betul.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan setinggi itu telah memecah kerunsingan apakah ekonomi negara tidak lagi berdaya maju sebagaimana pada era 1990an yang mencatat pertumbuhan sekitar 7 - 8% setahun, setelah melalui pelbagai krisis sepanjang beberapa pentadbiran yang lalu.
"Ekonomi Madani kita janjikan peluang pekerjaan lebih baik, latihan lebih baik, pemindahan teknologi ke arah digital, ke arah transisi tenaga (boleh diperbaharui)
"Alhamdulilah, kita telah memecah tembok kerunsingan dengan mencatat pertumbuhan menakjubkan 5.8% suku kedua tahun ini," katanya dalam siaran media.
Anwar dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada warga Malaysia yang berkerja keras menjayakan pertumbuhan ekonomi di semua sektor utama negara.
"Luar dari jangkaan biasa, luar unjuran yang dikemukakan oleh semua pihak. Terima kasih kepada rakyat, terima kasih kepada pekerja, para profesional, dan ini akan memberikan kesempatan kepada kita untuk bangkit sebagai negara gagah
"Saya yakin dengan kerjasama dan tumpuan kita kepada ekonomi, kita akan berjaya," katanya lagi.
Commentaires