top of page

Pertukaran kepakaran kukuh kerjasama bandar berkembar Putrajaya-Shanghai



Malaysia menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam mewujudkan bandar berkembar Putrajaya dengan Shanghai, China melalui pertukaran kepakaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Perkara itu dinyatakan dalam mesyuarat bersama Kerajaan Perbandaran Shanghai yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Perumahan, Pembangunan Bandar-Luar Bandar dan Pengurusan Perbandaran Shanghai, Zhang Yonggang semalam.


Mesyuarat itu diadakan susulan keputusan Jemaah Menteri baru-baru ini mengenai kerjasama ‘twin city’ di antara Putrajaya dan Shanghai.


"Pada akhir perbincangan, saya menyuarakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik ‘twin city’ di antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.


"Langkah ini bukan sahaja akan membolehkan kita mempelajari lebih lanjut tentang pengurusan bandar pintar dan penyelesaian teknologi berasaskan inovasi, malah memastikan kita berada di barisan hadapan dalam mengadaptasi pendekatan moden ini demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan bandaraya kita.


"Saya yakin, kerjasama ini mampu membawa Wilayah Persekutuan ke tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan bandar yang berdaya tahan dan berinovasi," kata Dr Zaliha.


Dr Zaliha dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China bermula 7 Oktober lalu.

Beliau berkata perbincangan tertumpu kepada perkongsian kepakaran dalam strategi pembaharuan semula bandar di Shanghai iaitu 10 daerah utama mereka akan menjalani proses pembaharuan menjelang 2025.


Jelas beliau perkongsian kepakaran itu melibatkan pembangunan semula kawasan perumahan, komersial dan perindustrian yang dijangka membawa impak besar kepada pertumbuhan bandar secara menyeluruh.


"Antara aspek menarik perhatian saya ialah pelaksanaan konsep Sponge City, satu strategi pengurusan banjir pintar yang menggunakan teknologi pemantauan canggih termasuk sensor bawah tanah.


"Konsep ini bukan sahaja memperkukuh ketahanan bandar terhadap perubahan cuaca yang ekstrem, malah berpotensi meminimumkan kesan bencana alam di kawasan berisiko banjir," katanya.


Ujar beliau model itu boleh menjadi inspirasi kepada Wilayah Persekutuan dalam mengintegrasikan teknologi hijau untuk perancangan bandar demi masa depan lebih lestari.


Zaliha berkata Shanghai juga telah melaksanakan sistem pengurusan grid bandar yang terperinci iaitu bandar dibahagikan kepada kawasan kecil serta dipantau menggunakan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) sensor dan pangkalan data awam.


"Setiap elemen infrastruktur bandar, daripada pokok hingga lampu jalan, diberikan kod unik bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan. Tambahan pula, penguatkuasaan dijalankan dengan ketepatan sehingga 90 peratus menggunakan CCTV dan rondaan mudah alih yang mengesan kesalahan secara automatik," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page