top of page

Pertubuhan Otai Reformis nafi ahli terlibat demo anti-Anwar



Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) hari ini menafikan NGO itu, mahu pun ahlinya terlibat dalam perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar yang diadakan di kawasan tempat letak kereta awam di luar kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.


Menurut Setiausaha Agung PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman, peserta himpunan yang tular di media sosial berpakaian baju T dan tertera logo "Otai Reformis 1998" bukanlah ahli PKORM.


Bagaimanapun, katanya terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat kerana logo PKORM yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan mempunyai perkataan yang hampir sama tetapi tidak mengandungi angka "1998".

Shaiful Anuar Sulaiman

"Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia hari ini menyelar dan mengutuk perhimpunan sekumpulan berbaju hitam yang mengadakan demonstrasi yang dipanggil Demo Rakyat Lawan Anwar diadakan di kawasan tempat letak kereta awam di luar kompleks Seri Perdana, Putrajaya.


"NGO Reformis ini menegaskan bahawa tiada ahli-ahli yang terlibat di dalam demo semalam dan (PKORM) tiada kena mengena dengan demonstrasi tersebut.


"Gambar peserta yang memakai baju berlambangkan logo "Otai Reformis" tersebut telah keluar dari parti dan bukan ahli kami lagi," kata Shaiful Anuar.


Demo Rakyat Lawan Anwar semalam berlangsung di hadapan pejabat Perdana Menteri dan menurut laporan media hanya dihadiri kira kira 200 orang. Menurut pemerhati, terdapat watak watak yang sebelum ini telah dikenali sebagai penyokong Perikatan Nasional pada tunjuk perasaan semalam.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page