top of page

Pertemuan PMX - Putin dijangka buka potensi pelabur besar untuk Malaysia



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Vladivostok, bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia untuk lawatan kerja selama dua hari.


Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 September dan beliau dijadual akan menyampaikan ucapan di sidang pleno pada 5 September.


Pertemuan dengan Presiden Rusia


Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi BRICS kerana Rusia memegang jawatan Pengerusi BRICS.


Melalui pertemuan Anwar dan Putin akan memberi peluang kedua-dua pemimpin untuk membincangkan hubungan dua hala termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian dan keterjaminan makanan serta pelancongan selain meneroka kerjasama dalam bidang baharu seperti aeroangkasa dan teknologi terkini.


Kedua-dua pemimpin itu dijangka bertukar-tukar perspektif mengenai konflik Rusia-Ukraine dan situasi di Timur Tengah, selain turut membincangkan kerjasama dalam konteks Perkongsian Dialog ASEAN-Rusia.


Mengiringi beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup serta beberapa pegawai kanan kerajaan.


Selain itu, Anwar juga bertemu Timbalan Mufti Rushan Hazrat Abbyasov yang merupakan timbalan pengerusi pertama Majlis Mufti Russia dan Lembaga Agama Islam serta menerima kunjungan hormat Rais (Ketua) Tatarstan Rustam Minnikhanov.


Lawatan pertama Anwar


Lawatan pertama Anwar ke Rusia ini amat penting untuk masa depan negara, terutama dalam konteks penyertaan Malaysia ke dalam BRICS.


BRICS adalah sebuah kerjasama ekonomi yang ditubuhkan sempena nama negara yang mengasaskannya iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.


Oleh kerana kuasa ekonomi dan kemajuan negara-negara dalam BRICS itu, keberadaan Malaysia dalam gabungan tersebut tentu akan memberi kesan ekonomi yang berganda.


Sehingga ini dilaporkan lebih 20 negara telah memohon untuk menyertai BRICS


Pertemuan Anwar dan Putin turut dinanti-nantikan dan dijangka membuka potensi pelaburan dan perdagangan yang lebih besar untuk negara.


Pada 2023, Rusia adalah rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah perdagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6% tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (AS$3.1 bilion) berbanding RM12.3 bilion (AS$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.


*Kredit foto: Fath Rizal & Suhairi/PMO

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page