top of page

Pertemuan dengan Hyundai, OCI hasil komitmen pelaburan baharu



Pertemuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gergasi teknologi Hyundai Motor Company (HMC) dan OCI Holdings semalam menghasilkan komitmen pelaburan baharu dalam sektor berteknologi tinggi di Malaysia.


Menurut PM, komitmen Hyundai dalam memperkenalkan teknologi baharu di kilangnya di Malaysia sangat dialu alukan bagi meningkatkan skil serta pendapatan pekerja.


"Saya teruja ingin berkongsi hasil pertemuan serta perbincangan saya bersama pihak Hyundai Motor Company (HMC) dan OCI Holdings pada petang tadi di Seoul.


"Perbincangan ini merupakan penanda aras yang tidak kecil terutamanya dalam usaha dan upaya kita merebut pelaburan ‘High Value, High Growth’ dari Republik Korea ke Malaysia.


"Komitmen jangka panjang Hyundai untuk melaksanakan pemasangan kenderaan yang cekap tenaga, termasuk kereta elektrik, dan ini pastinya akan terus memperkukuh ekosistem automotif negara.


"Saya mendukung penuh pelaburan HMC, lantas memastikan iklim pelaburan yang menarik untuk pemasangan automotif, terutamanya model-model EV yang pastinya akan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran automotif bagi pasaran ASEAN," katanya di Facebook.


Sementara itu pertemuan bersama Pengerusi OCI Holdings, WooHyun Lee pula, kata Anwar amat memberangsangkan.


Syarikat berkenaan katanya, melahirkan hasrat untuk mengembangkan pelaburannya dalam polisilikon untuk industri semikonduktor dan solar seiringan dengan matlamat negara menjamin aspek kemampanan rantaian bekalan dan masa depan yang kuat bagi sektor semikonduktor.


"Pengembangan pelaburan oleh OCI menjadi terpenting dalam menjamin pertumbuhan industri kimia di Malaysia, dan dalam masa yang sama menambahbaik rantaian bekalan tempatan dengan memastikan ketersediaan bahan berkualiti tinggi untuk panel solar, semikonduktor dan perkakas industri yang lain," kata Anwar lagi.


Untuk rekod, PM melawat Korea Selatan selama tiga hari di atas undangan presiden negara itu.


Dalam lawatan ini PM diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.


Korea Selatan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.07 bilion. Dari Januari hingga September 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Korea Selatan mencatat sebanyak RM81.61 bilion.


Sejak dekad 1980an hingga Jun 2024, sebanyak 392 projek sektor pembuatan dengan kepentingan Korea Selatan telah dilaksanakan di Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM43.10 bilion.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page