top of page

Pertemuan Anwar - pemimpin Hamas: Malaysia tegas mahu Israel henti genosid



Pertemuan Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin nombor satu Hamas, Ismail Haniyeh semalam membincangkan lebih lanjut nasib rakyat Palestin yang terus menerus dibunuh rejim Israel.


Menurut Anwar, kesempatan disela sela lawatan rasmi beliau ke Qatar digunakan untuk bertemu Ismail yang tinggal dan beroperasi di negara itu.


"Saya mengambil kesempatan bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya, Ismail Haniyeh seraya diapit oleh mantan pengerusi Khaled Mashal.


"Selain menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis, saya menerima taklimat terkini situasi getir di Gaza dan Rafah yang semakin menggusarkan.


"Sejak konflik meletus lapan bulan lalu, ratusan ribu rakyat Palestin telah terkorban dan cedera dengan separuh dari bumi Gaza dilanda kemusnahan kekal, kerana kekejaman rejim Zionis," katanya.


Dalam pertemuan bermakna itu, Anwar sekali lagi menegaskan Malaysia mendukung penuh perjuangan rakyat Palestin untuk merdeka dan akan mendesak masyarakat antarabanagsa menghentikan pembunuhan beramai ramai (genosid) yang berleluasa di Gaza.


"Saya tegaskan Malaysia akan terus komited memainkan peranannya di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah, sementelahan menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan Gaza khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.


"Malaysia hargai kesediaan Hamas membebaskan tahanan khususnya kanak-kanak dan wanita serta menerima pelan damai dunia Arab, OIC, dan masyarakat antarabangsa.


"Dalam masa sama, Malaysia mendesak Israel menghentikan pembantaian ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian," katanya lagi.


Untuk rekod, Ismail Haniyeh baru baru ini bersetuju dengan pelan gencatan senjata dirundingi perunding Mesir namun rejim Israel menolak dengan syarat yang dikenakan.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebaliknya mahu meneruskan serangan ke atas Rafah yang menjadi kawasan perlindungan terakhir lebih 2 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page