top of page

Pertembungan satu lawan satu di DUN Mahkota



Oleh: Abdullah Zaid


Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota hari ini menyaksikan saingan sengit di antara calon Perpaduan (BN) dan Perikatan Nasional (PN).


Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah (calon nombor satu) mewakili Kerajaan Perpaduan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar (calon nombor dua ) bagi merebut kerusi DUN Mahkota.


Perkara berkenaan diumumkan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK DUN Mahkota, pada jam 10.10 pagi tadi.


Wakil itu memaklumkan, Syed Hussein yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.00 pagi, disusuli Haizan pada jam 9.05 pagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga jam 11.59 malam pada 27 September dengan pengundian awal pada 24 September dan 28 September sebagai hari mengundi.


Terdahulu, Syed Hussein tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh serta Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.


BN mempertaruhkan calon muda itu bagi mengekalkan kerusi milik BN yang disandang Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.


Pilihan raya berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya pada 2 Ogos lalu.


Menurut data SPR, seramai 66,318 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang PTH (pengundi tidak hadir) luar negara.


SPR turut membuka tiga pusat mengundi dengan 11 saluran bagi pengundian awal, manakala 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan dibuka pada hari pengundian, dengan jumlah petugas terlibat pada PRK itu seramai 1,126 orang.


Untuk rekod, DUN Mahkota merupakan satu daripada dua DUN di bawah Parlimen Kluang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page