top of page

'Pertanian alami sumber asal pertahan kesihatan, elak sakit kronik'



Rakyat seharusnya kembali kepada kaedah pertanian alami dan berasaskan sumber asal bagi menyediakan bahan makanan yang lebih sihat.


Bagi Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Dr Azman Ismail, penyakit kronik yang banyak menyerang penduduk Malaysia pada waktu ini mungkin berakibat daripada makanan yang berasal daripada kaedah pertanian yang tidak lagi alami.


"Jawapannya adalah balik kepada pertanian. Pertanian secara asal (alami). Misalnya lembu tak boleh makan dedak, lembu makan rumput dan daun (untuk menghasilkan daging yang menyihatkan)," katanya dalam seminar Memberdaya Komuniti AgroMadani Malaysia anjuran bersama Biro Petani KEADILAN, Majlis Muafakat Komuniti AgroMadani dan Akademi Ino-Kreatif Agroindutri hari ini.


Beliau yang juga Pengerusi Biro Petani KEADILAN berkata, makanan yang berasal daripada kaedah penapisan produk makanan atau refine tidak baik untuk kesihatan.


Kerajaan pula, katanya telah membelanjakan kira kira RM8 bilion setahun untuk merawat salah satu penyakit utama rakyat Malaysia iaitu diabetis.


"Setahun kita belanja RM8 bilion untuk rawat diabetis. Rawatan sekarang kita cuba merubah kesan (penyakit ke atas tubuh), kita tidak merubah punca. Puncanya balik kepada makanan yang dimakan," katanya.


Oleh itu, Dr Azman menyarakan supaya diwujudkan petani yang menanam dan menternak menggunakan kaedah pertanian alami biar pun harga produk mungkin sedikit lebih mahal tetapi memberi pilihan kepada individu yang mengutamakan kesihatan.


"Cabaran itu bukan sahaja menghasilkan makanan (tetapi makanan yang menyihatkan). Konsep ini sekarang sedang berkembang di Amerika Syarikat dinamakan beyond organic farming


"(Tidak wajar) beras digilap sampai putih, habis semua fiber, tinggal karbohidrat. Maka ia akan meningkatkan insulin. Lebih tinggi insulin, lebih rosak badan, meningkatkan risiko strok, kanser," katanya.


Justeru, Dr Azman berharap selepas ini rakyat bukan sahaja mencari makanan yang sedap tetapi balik kepada makanan dalam bentuk asal dan alami yang baik dan mengutamakan kesihatan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page