top of page

Pertandingan PRN Sarawak suburkan demokrasi - KEADILAN Sarawak



Parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan (Perpaduan) di Sarawak tidak seharusnya menolak KEADILAN bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan berkata, PRN hanya akan diadakan seawalnya pada 2026 dan KEADILAN Sarawak akan menilai prestasi Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum membuat keputusan bertanding.


"Saya menghargai pandangan pelbagai pihak berkaitan penglibatan KEADILAN Sarawak dalam pilihanraya yang akan datang. Alasan yang diberi oleh mereka ialah alasan perpaduan dan ketiadaan kerusi KEADILAN dalam DUN Sarawak.


"Saya lebih suka melihat pada faktor sama ada hak dan kebajikan rakyat Sarawak dibela dengan baik atau tidak, sebelum membuat keputusan bertanding dalam pilihanraya Sarawak. Apa guna perpaduan dan kestabilan jika hak dan kebajikan rakyat diabaikan sewenang-wenangnya?" tanya Roland.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berpendapat KEADILAN tidak perlu mengambil bahagian dalam PRN akan datang kerana tidak mempunyai wakil di DUN pada waktu ini.


Selain itu, katanya, parti komponen Perpaduan di Sarawak tidak seharusnya berasa tergugat dengan kehadiran KEADILAN dalam politik negeri itu kerana parti berkenaan telah bertanding di sana sejak dua dekad lalu dan pernah memenangi beberapa kerusi DUN.


"Pada hemat saya, jika semua pihak saling menghormati dan saling menyuburkan demokrasi serta tidak mengamalkan politik dendam kesumat, penglibatan dalam pilihanraya Sarawak tidak patut dianggap serong sebagai berpotensi menggugat Kerajaan Perpaduan," ujarnya.


Selain itu, katanya, persaingan pada era Kerajaan Madani adalah sama rata kerana parti parti di Sarawak juga memperakukan tidak akan berbelanja besar ketika berkempen yang sesuai dengan peraturan pilihanraya.


Akhirnya, kata beliau, rakyat yang akan memilih pada pertandingan yang sama rata.


"Di bawah Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani, sewajarnya pilihanraya Sarawak bakal menyaksikan pilihanraya paling bersih nanti di mana setiap calon dengan mudah mematuhi had maksimum perbelanjaan RM100,000 sahaja.


"Ini adalah kerana calon-calon daripada parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan dan menyokong Malaysia Madani sudah pasti bersikap bersih dengan bekerjasama dengan pihak SPR dan SPRM melawan politik wang," katanya lagi.


Untuk rekod, PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember 2021. Dalam PRN pasca Covid 19 terbabit KEADILAN kalah di 3 kerusi tradisinya akibat dampak pengkhianatan Langkah Sheraton pada 2020 yang masih berbisa.


PRN berikutnya bagi Sarawak akan diadakan seawal 2026 dan tempoh DUN akan matang pada 2027.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page