top of page

Pertandingan Memancing Puyu, erat ukhwah komuniti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 17
  • 1 min read


Pertandingan Memancing Puyu yang dianjurkan Persatuan Penduduk Batu 12 1/2, Sungai Baru dengan kerjasama Pejabat Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dan JPKK Sungai Baharu, Perak kelmarin boleh dijadikan aktiviti santai berkala bagi mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat.


Menurut satu kenyataan, aktiviti yang diadakan di Parit Besar, Sungai Baru, Kuala Kurau tersebut menerima penyertaan lebih daripada 600 peserta.


Menurut Dr Mujahid yang hadir pada acara tersebut, ianya amat baik dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan ukhuwah penduduk setempat.


"Saya sempat beramah mesra dengan peserta dan masyarakat, mendengar pandangan mereka mengenai isu setempat.


"Program sebegini bukan sahaja mengukuhkan perpaduan, tetapi juga membolehkan pemimpin memahami keperluan rakyat secara langsung.


"Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada pihak penganjur. Semoga acara ini diteruskan untuk manfaat bersama," katanya.


Acara itu turut dihadiri Tuan Adnan, Ketua AMANAH Kawasan Parit Buntar, Tuan Mohd Jamil Jahaya, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar dan Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Titi Serong, Muhamad Nakhaie Abdul Wahab


Hadiah menarik disediakan, termasuk RM2,000 untuk juara memancing selain cabutan bertuah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page