top of page

Pertambahan penjawat awam T'ganu pertahan kerajaan Pas?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read




Oleh: Akmal Manaf


Pertubuhan Muafakat Terengganu Baharu (MUAFAKAT) mendesak Kerajaan Negeri agar memberi penjelasan berhubung pertambahan bilangan penjawat awam di negeri berkenaan sejak pertukaran kerajaan pada 2018.


Pengerusi MUAFAKAT, Mohd Zubir Muhamad berkata, pada 8 Jun 2017, Berita Harian (BH) menyiarkan bilangan penjawat awam di negeri tersebut adalah seramai 7,128 orang.


Mohd Zubir Muhamad
Mohd Zubir Muhamad

Beliau berkata, angka itu adalah ketika Kerajaan Negeri ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), manakala pada 26 Ogos 2024 pula, Harian Metro menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu bahawa penjawat awam adalah seramai 14,457 orang.


''Ini bererti dalam masa 7 tahun sahaja, kenaikan kakitangan awam di Terengganu adalah lebih 100%.


''Kenaikan ini berlaku ketika Terengganu ditadbir oleh Pas di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


''Kita ingin tahu, kenapa kenaikan kakitangan awam begitu mendadak di Terengganu selepas kerajaan bertukar tangan?'' soal beliau menerusi satu kenyataan.


Menurut Mohd Zubir lagi, ada pihak yang mendakwa, ramai kakitangan awam baharu terdiri dalam kalangan pemimpin, ahli dan aktivis Pas yang dilantik menerusi agensi kerajaan yang baharu dibentuk oleh Kerajaan Negeri.


''Kesemua agensi itu mendapat dana sepenuhnya daripada Kerajaan Terengganu tetapi tugas sebenarnya kita tidak tahu.


''Kami difahamkan, semua agensi tersebut digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan Pas kekal menguasai kerajaan, bukannya untuk membantu Kerajaan Negeri dan rakyat itu sendiri.


''Ia dapat dilihat bagaimana Pas mempertahankan Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (2023) lepas sehingga tidak ada satu pun kerusi dimenangi pihak pembangkang,'' dakwa beliau.


Sehubungan itu, Mohd Zubir berkata, pihaknya menuntut Kerajaan Negeri agar menarik balik atau menghentikan pelantikan yang membazirkan wang rakyat, natijahnya banyak projek pembangunan untuk rakyat yang perlu diutamakan telah terabai.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page