top of page

Persoal syarat MoU: Pembangkang jangan berdolak dalik - AMK Wilayah



Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin pembangkang diingatkan tidak berdolak dalik mempersoal syarat perisytiharan harta sebagai salah satu komponen Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan parlimen.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal tidak perlu mempersoalkan syarat itu, selain dakwanya syarat berkenaan konon membuktikan kedudukan Kerajaan Perpaduan lemah.


"Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah (dibuktikan) mendapat sokongan majoriti yang kukuh melalui usul Undi Percaya yang telah dibentangkan pada Dewan Rakyat pada 19 Disember 2022 yang lalu.


"Sebaliknya, tindakan pemimpin Perikatan Nasional kelihatan takut mengisytiharkan harta, seolah-olah mereka sedang menyembunyikan sesuatu. Di samping beberapa pemimpin PN yang didakwa di mahkamah disebabkan kes rasuah, juga telah menyebabkan rakyat mula hilang kepercayaan kepada PN," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Azha, sebelum ini semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan sehinggalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bersama PH pada 2021.


Menurut kenyataan itu lagi, tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu rakyat atas faktor perbezaan politik juga tidak berasas.


"Sedangkan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana membantu negeri Kelantan yang ditadbir oleh Pas mendapatkan pelbagai geran tahunan termasuk geran perkapita, geran jalan, dan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).


"Kerajaan MADANI juga telah memperuntukan sebanyak RM11.5 juta untuk negeri Kelantan bagi menaik taraf sistem saliran bagi mengelak berlakunya banjir.


"Jadi ini membuktikan Anwar sentiasa memberi sokongan dan membantu mana-mana negeri walaupun ditadbir oleh parti pembangkang untuk kepentingan negara," ujarnya lagi.


Tegas Azha, sebagai seorang Ahli Parlimen Wan Fayhsal perlu bersikap jujur dalam mengeluarkan kenyataan dan berhenti memutarbelitkan fakta bagi mencari publisiti murahan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page