top of page

Isu lantik PM: Mahiaddin tidak tunjuk semangat Bangsa Johor - AMK Johor



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengecam tindakan Pengerusi Perikatan Nasional, Mahiaddin Yassin di atas ucapannya terhadap peranan Yang di-Dipertuan Agong ke-16 dalam melantik Perdana Menteri Malaysia ke 10 selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU) 2022 lalu ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini.


Menurut Ketua AMK Johor, Taufiq Ismail, tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu jelas tidak menggambarkan sikapnya sebagai Bangsa Johor yang sentiasa mengamalkan sikap taat setia kepada raja pemerintah.


"Sebagai seorang Ahli Parlimen daripada negeri ini, beliau seharusnya menjaga imej sebagai Bangsa Johor ketika berada di mana-mana sekalipun dan tidak memperlihatkan sikap jelik itu demi untuk meraih sekelumit kuasa.


"Sebagai mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin juga seharusnya faham tentang proses pemisahan kuasa di antara institusi diraja dan rakyat, beliau tidak sepatutnya mengheret institusi diraja dalam kempen politiknya semata-mata untuk meraih dokongan rakyat dan mengaburi mata rakyat tentang apa hakikat yang berlaku pasca PRU15 lalu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Taufiq lagi, pihaknya yakin rakyat mengetahui dan bersetuju di atas kewibawaan Majlis Raja-Raja Melayu dalam menyelesaikan isu berkaitan “hung parliament” ketika itu sehingga terbentuknya sebuah Kerajaan Perpaduan hari ini.


"Bagi pihak AMK Johor, kami meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Mahiaddin yang secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R (Kaum, Agama, Institusi Diraja) dalam kempen politiknya," ujarnya.


Kata beliau, masyarakat perlu terus menghormati institusi Diraja yang merupakan lambang kedaulatan dan kestabilan negara serta simbol penyatuan dan pelindung keseluruhan rakyat.


"Kewibawaan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah institusi yang disanjung tinggi tidak seharusnya diperlekeh serta dipersenda dengan sewenangnya demi kepentingan politik semata-mata," katanya lagi.


Terdahulu, tular di media sosial ucapan Mahiaddin yang dilaporkan menyentuh tugas serta peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Mahiaddin.


Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi PN itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.


Baginda menyifatkan kenyataan Mahiaddin sebagai memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page