top of page

Isu lantik PM: AMK Selangor gesa Muhyiddin dikenakan hukuman



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengecam Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkenaan ucapannya terhadap peranan Yang di-Dipertuan Agong ke-16 (YDPA) dalam melantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sewaktu berkempen di PRK Nenggiri, baru-baru ini.


Menurut AMK Selangor, kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu amat tidak wajar dan menyentuh kewibawaan institusi raja berperlembagaan.


"Beliau (Muhyiddin) menyatakan mempunyai jumlah (sokongan Ahli Parlimen) yang lebih untuk menjadi Perdana Menteri dan sekaligus mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh YDPA serta Majlis Raja-Raja meskipun keputusan lantikan tersebut diambil berlandaskan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas AMK Selangor, keputusan YDPA itu tidak perlu ditimbulkan lagi memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mendapat sokongan majoriti melalui usul undi percaya dalam Dewan Rakyat pada Disember 2022 lalu, sekaligus membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.


"Justeru, kenyataan Muhyiddin Yassin ini dilihat sebagai hujah-hujah sempit yang tidak berasas dan jelas merupakan suatu kesalahan kerana telah menyentuh isu 3R, mempertikaikan keluhuran Perlembagaan serta menyebarkan benih-benih kebencian terhadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," kata AMK Selangor.


Tegas AMK Selangor, Ahli Parlimen Pagoh itu wajar dikenakan hukuman setimpal agar menjadi iktibar kepada ahli politik lain untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan pentas politik sebagai medan menyebarkan kebencian.


"Seyogia ditegaskan, tindakan seperti ini perlu dikenakan hukuman undang-undang yang berat agar menjadi iktibar kepada ahli-ahli politik yang lain.


"Ia juga seiring dengan desakan titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal yang mahukan tindakan tegas tanpa kompromi diambil," ujar kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page